Monday, June 01, 2009

Catatan Perjalanan ke Burapa Bike Week 2009 - Part 4

Pattaya @ dusk

Perjalanan menaiki motosikal teksi dari hotel ke tempat acara Burapa Bike Week hanya mengambil masa 5 minit. Dari jauh sudah kelihatan belon-belon besar beserta logo-logo jenama motosikal terbuai-buai di udara menandakan tapak bike week berlansung.

Sebaik sampai, saya terpaku seketika melihat kawasan bike week yang sememangnya luas dan meriah serta dipenuhi dengan motorsikal, motorsikal dan manusia!


NAGAs MC of Thailand

Cowboy stuffs stall

Iron Horse Motorcycle - Thailand

Samurai MC of Thailand

JESTER MC of Thailand
Memasuki tapak Burapa Bike Week, saya harus melalui 2 pintu gerbang utama. Saya jangkakan ada tiket atau bayaran masuk tapi rupanya semua percuma. Tapak Burapa bike week ini merupakan sebidang tanah atau taman yang berbentuk bulat. Terdapat 3 lapisan khemah-khemah kecil yang mengelilingi tapak bike week ini dan dianggarkan sebanyak lebih kurang 300 khemah kesemuanya.

Main arena for Burapa Bike Week

Lapisan khemah pertama dan kedua kebanyakan dihuni oleh kelab-kelab motosikal dan kedai jualan aksesori motor. Lapisan ketiga lebih kepada barangan ala-ala cowboy dan country. Di tengah-tengah pula terdapat pentas yang sangat luas untuk acara konsert dan persembahan. Tak ketinggalan, satu khemah yang sungguh besar kepunyaan Harley-Davidson of Bangkok bagi mempamerkan motorsikal keluaran terbaru serta pakaian-pakaian dari jenama motor tersebut. Berpadanan dengan namanya, Harley-Davidson Bangkok merupakan peserta pameran terbesar dan penyokong utama Burapa Bike Week. Khemah-khemah lain seperti membuat tattoo pun ada lebih kurang 50 khemah kesemuanya di samping bar-bar minuman yang berada banyak di sekitar tapak bike week.


Memang luas! Sejak saya sampai kira-kira pukul 4 petang satu persatu khemah saya lawati. Barang jualan jangan cakaplah, bermacam barangan ada dari yang original sehingga imitation. Helmet, eksos, fork, pelbagai aksesori dan motor pun ada untuk dijual. Motor-motor yang datang dan dipamerkan bermacam-macam gaya dan rupa. Dari stock Harley-Davidson, Choppers – fork panjang tak hinggat dunia, motor kapcai dengan ape hanggernya, skuter LV, trike, classic bike, vintage bike, side car, Suzuki jipang pun ada, custom bike jangan tanyalah…. memang berlambak, skuter, quad bike, apa saja….. semuanya ada!


Sedikit demi sedikit menghampiri waktu lewat petang penggunjung mula ramai ke tapak bike week. Nasib baik saya sampai awal, dapat jalan sambil tengok barang yang nak dibeli. Ambil gambar pun mudah kerana bila sahaja malam, keadaan sudah mula penuh dengan manusia. Sempat juga saya jumpa rakan-rakan dari Red Garage Bangi, Jokers MC, Indipendent MC dan Iblis MC yang membuka gerai di tapak bike week. Tak cukup satu pusingan, saya akhirnya menghabiskan masa sehingga pukul 10 malam dengan membuat 4 pusingan di sekitar tapak pameran dan gerai-gerai. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke hotel dan berehat.

RED Garage of Malaysia

IBLIS MG of Malaysia


Jokers MC of Malaysia

Support 81 - RED & White Crew @ Burapa Bike Week

No comments: