Friday, May 29, 2009

Catatan Perjalanan ke Burapa Bike Week 2009 - Part III

Jomtien Beach, Pattaya @ Dusk

Namun, keadaannya berlainan pula sebaik saja bas yang saya naiki mula keluar dari “motorway” dan memasuki bandar Pattaya. Satu demi satu kumpulan kumpulan motor sudah mula kelihatan di jalan-jalan. Ada juga yang berhenti rehat di restoran dan stesyen minyak, mungkin baru sampai agaknya. Poster serta billbord mengenai Burapa Bike Week juga satu persatu muncul di tepi-tepi jalan…… saya mula gembira, jauh dalam hati saya percaya…memang event ini besar!!

Burapa Bike Week billboard are every where in town


Lebih kurang 3.30pm saya sampai di Pattaya, terus sahaja mengambil Songtaew (sejenis pengangkutan umpama tuk-tuk) untuk ke hotel. Jarak dari bus stop ke hotel sekitar 10km dan bayarannya cuma THB20 atau RM2. Sewaktu membuat tempahan hotel dahulu, saya diberitahu supaya tinggal di Jomtien Beach yang letaknya kira-kira 5km dari bandar Pattaya. Di Jomtien Beach jaraknya lebih dekat ke tempat Burapa Bike Week berlansung selain lebih rileks dan tenang berbanding bandar Pattaya yang lebih sibuk terutama dengan aktiviti malamnya.

Songtaew - main public transportation at Pattaya

Sebaik sahaja sampai di depan pintu hotel, saya agak terkejut. Betul ke hotel atau ini rumah kedai? Tengok diinternet semuanya cantik belaka. Ahh, sudah kena lah….sangkaan dan harapan saya kecewa melihat hotel dari depan. Namun sebaik saja masuk ke lobi, semua tangapan buruk terhadap hotel tersebut terus lenyap. Memang bila sekali lihat, hotel semacam rumah kedai biasa, tapi bila sudah masuk ke dalam keadaanya memang sungguh berbeza. Hotel ini rupanya memanjang ke belakang, selain bersih dan cantik dengan dekorasi kebudayaan Siam, ianya juga dilengkapi dengan kawasan khas untuk makan, kolam renang dan lobi pelawat. Kemudahan WIFI pun ada serta percuma. Perasaan saya semakin gembira bila saya memasuki bilik hotel. Dengan harga THB1300 atau RM130 semalam, saya mendapat bilik yang cukup besar dilengkapi dengan dapur berasingan dan walking wardrobe yang sungguh luas. Tambahan lagi, bilik saya mempunyai balkoni berasingan serta mengadap kolam renang yang sungguh cantik. Kagum, ini lah Thailand – negara pelancongan dimana harga dan kemudahan yang disediakan jarang-jarang temui di Malaysia.

Front view of my hotel at Pattaya - RS Seaside

Hotel with pool - view from my room balcony


Free WIFI is a must....


Hotel Lobby



Main activity in front of my hotel early morning

Sebaik selesai urusan check-in hotel dan walaupun sedikit kepenatan saya terus bergegas keluar untuk ke tapak Burapa Bike Week. Masalahnya ke mana? Utara? Selatan… hah! Nasib baik ada pusat pelancong berdekatan hotel untuk bertanyakan maklumat. Sampai sahaja di pusat pelancong, saya sudah ternampak poster Burapa Bike Week tertampal di depan pintu pusat tersebut. Mungkin seperti sudah sedia maklum melalui baju yang saya pakai tertera logo Harley-Davidson, pegawai pelancongan tersebut terus sahaja mengambil sekeping peta dan menunjukkan arah ke Soi Chaiyapruk tempat berlansungnya Burapa Bike Week. Tak jauh, jaraknya cuma 2km dari hotel dan saya terus menahan teksi motosikal yang sentiasa berada di depan pusat pelancong untuk ke sana. Yahoo!! Burapa Bike Week semakin hampir…..!!


No comments: