Masih saya ingat lagi, waktu-waktu sebegini dipengakhiran bulan Februari 2008 perasaan saya begitu melonjak-lonjak apabila memikirkan bagaimana besar dan meriahnya Burapa Bike Week di Pattaya. Melalui cerita-cerita yang dibawa pulang oleh rakan-rakan bikers yang pernah menyertainya, fikiran saya sememangnya tak dapat mencapai gambaran sebenar akan kemeriahan acara tahunan tersebut.
Welcome to Burapa Bike Week
Burapa adalah nama tempat di dalam bandar Pattaya. Burapa MC (Motorcycle Club) pula adalah sebuah kelab motor yang merupakan penganjur bike week di Pattaya pada setiap tahun di pertengahan bulan Februari sejak 11 tahun yang lalu. Dikatakan terdapat tidak lebih 60 acara bike week di Thailand setiap tahun seperti di Phuket (April), Chiang Mai (Disember), Hatyai (Oktober) tetapi Burapa Bike Week merupakan antara acara yang terbesar pernah dianjurkan berbanding bike week atau pesta motor yang lain.
Bangkok - arial view
Bangkok - arial view
Bangkok - arial view
Bangkok - arial view
Memang saya tak pernah ke Pattaya – antara salah satu pusat perlancongan yang terkenal di Thailand apatah lagi ke Burapa Bike Week. Sehingga kini hanya Phuket Bike Week, Hatyai Bike Week di Thailand dan Surabaya Bike Week di Indonesia telah saya hadiri dan ianya tak lah sebesar dan semeriah seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan di Burapa Bike Week. Mungkin keadaanya sama seperti di Sturgis Bike Week atau Daytona Bike Week yang sering saya tonton melalui saluran 734 di Astro. Ntahlah…..
Air Asia - now everyone can fly.....
Lalu dalam diam semenjak dari tarikh itu saya bertekad untuk menyertai Bike Week yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara itu. Bulan Jun 2008 diikuti bulan-bulan seterusya, saya mula mencari maklumat mengenai aktiviti, tarikh dan laluan yang akan saya gunakan untuk ke Pattaya. Pattaya adalah bandar peranginan yang terletak lebih kurang 150km di tenggara bandar Bangkok. Perjalanan ke Pattaya semestinya merupakan perjalanan yang jauh iaitu lebih kurang 2000km dari Kuala Lumpur maka maklumat yang lengkap dan persediaan awal adalah satu kemestian. Memang perancangan awal saya adalah untuk menaiki motor, baru trill dan adventure, apa taknya 9 hari di bumi Siam. Tapi kita mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan, memandangkan masalah mengambil cuti kerja yang panjang akhirnya saya membuat keputusan untuk menaiki kapal terbang sahaja. Ah, kapal terbang pun kapal terbang lah, janji pergi mesti pergi!!
Suvarnabhumi Airport - Bangkok
November 2008, saya telah mula menempah tiket kapal terbang untuk ke Pattaya. Oleh kerana tempahan awal, saya cuma belanja RM250 untuk perjalanan pergi balik dari LCCT ke Bangkok menggunakan Air Asia. (Pattaya tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa). Ingatkan dah murah, rupanya selepas seminggu saya membuat tempahan, Air Asia menawarkan pakej baru penerbangan ke Bangkok dengan harga RM200 seorang pergi dan balik. Rezeki masing masing.
Scenery along d way from Bangkok to Pattaya
Februari 2009, semakin hampir ke tarikh Burapa Bike Week semakin ramai rakan-rakan bikers mula bertanya mengenai rancangan masing-masing. Ada juga yang telah bersedia lebih awal seperti saya tapi ramai juga yang buat plan last minit. Rakan-rakan bikers seperti Red Garage dari Bangi, Jokers MC, Indipendent MC dan Violent Strom MC bertolak lebih awal kerana mereka semua bermotor ke Pattaya!! Adus…. Cemburunya saya….
* Part II comin soon.......
* This atricle has being publish in d WTR Magazine - May '09 issue, and to all Malaysian friends, u may get d magazine copy at Popular and other bookstores.....
No comments:
Post a Comment