13 Februari, saya berlepas dari LCCT menuju ke lapangan terbang Suvarnabhumi Bangkok. Penerbangan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam dan saya tiba tepat pukul 1 petang di lapangan terbang baru Suvarnabhumi. Cuaca di Thailand pada bulan Februari sedikit panas berbanding Malaysia, maklumlah negara itu mengalami musim monsun tropika yang setengah tahunnya mengalami musim panas dan kering. Sebaik melepasi pemeriksaan Imigresen dan kastam, saya terus sahaja mencari kaunter maklumat pelancongan yang sememangnya banyak terdapat di lapangan terbang tersebut. Dengan bantuan pegawai pelancongan, saya diberikan dengan maklumat yang lengkap untuk meneruskan perjalanan ke Pattaya. Nasib saya dikira baik kerana selang beberapa minit tiba di terminal bas ada sebuah bas yang sudah bersedia untuk bertolak ke Pattaya. Sekiranya saya lambat 10 minit, alamat kena tunggu sehingga pukul 5 pm baru giliran bas seterusnya.
Perjalanan ke Pattaya dengan menaiki bas adalah lebih murah berbanding teksi atau van. Tiket bas hanya THB116 atau RM12 berbanding cas teksi atau van yang harganya sekitar THB2500/RM250 ke THB3500/RM350. Di dalam bas pula disediakan minuman dan makanan ringan serta kemudahan tandas.
No comments:
Post a Comment