Walau bagaimanapun, XR1200 sebenarnya bukanlah model yang baru dalam keluarga Harley-Davidson kerana model ini telah dibangunkan dengan berinspirasikan dari kejayaan rekabentuk model XR750. Model XR750 sememangnya terkenal dan banyak digunakan untuk perlumbaan trek berlumpur atau dirt trek di Amerika Syarikat. Manakala XR1200 pula mula diperkenalkan pada tahun 2004 dan ketika itu, ianya lebih menjurus untuk pasaran Eropah. Hanya kebelakangan ini, atas permintaan terhadap model ini yang semakin meningkat maka XR1200 kini bukan sahaja terjual di pasaran Eropah tetapi juga telah memasuki pasaran antarabangsa yang lain termasuk
Kerana itu apabila saja diberi peluang untuk memandu uji jentera ini saya begitu teruja kerana belum pernah saya memandu uji motorsikal Harley-Davidson yang berlainan dari biasa – XR1200. Memandangkan bentuk dan prestasi luar biasanya berlainan berbanding model-model Harley-Davidson yang lain, saya mengambil jalan selamat dengan memilih laluan yang lebar dan lurus sebagai permulaan dan untuk memahami karakter motosikal ini sebelum mencubanya di jalan yang berbengkang bengkok dan lebih mencabar. Selepas memanaskan enjin motor dan selesai membuat beberapa pusingan kecil sebagai senaman ringan, keluar sahaja dari bilik pameran Harley-Davidson di Petaling Jaya saya terus memacu motorsikal ini menuju ke Seremban.
Walaupun saiznya lebih kurus dan ramping sesuai dengan karakternye sebagai street bike, Harley-Davidson XR1200 sememangnya memberikan kejutan kepada saya ketika menunggangnya. Kedudukan seatnya yang setinggi 30.5 inchi dan ditambah dengan saiz saya yang agak besar membuatkan saya terfikir akan tampanan angin sewaktu menunggang. Namun sangkaan tersebut meleset kerana kadar tampanan angin adalah sangat minimal dan hampir tidak terasa sehingga membuatkan saya berasa begitu selesa menunggangnya.
Bersempena dengan namanya, enjin XR1200 telah dibina dengan berasaskan enjin Sportster 1200cc V-Twin Evoluation yang dilengkapi dengan sistem penyejuk air untuk prestasi enjin yang lebih baik. Hantaran kuasa XR1200 dengan nisbah mampatan 10:1, performance cam, pancitan bahan api dan heads dengan penyejuk minyak yang akhirnya menghasilkan 90 horsepower dan 74lb ft of torque secara lansung meningkatkan horsepower serta torque yang baik untuk meratah apa jua jenis dan bentuk jalanraya di mukabumi ini. Ditambah pula dengan system ekzos lurus 2-1-2 dengan kemasan satin chrome menyebabkan ianya bukan saja cantik tetapi cukup berkesan dalam menyalurkan tenaga keluar dari enjin 1200cc V-Twin Evoluation yang sungguh berkuasa itu. Tak hairanlah perjalanan dari Petaling Jaya ke Seremban hanya mengambil masa 35 minit sahaja dengan purata kelajuan 140km/j.
Perjalanan yang jauh menjadi lebih cepat sampai dengan keselesaan tunggangan yang luar biasa. XR1200 ini di lengkapi dengan handlebar lurus seakan motorsikal dirt bike yang membuatnya kelihatan lebih tegap dan mudah dikendalikan. Swingarm aluminium belakang yang terdapat pada motorsikal ini menjanjikan kendalian yang lebih baik berbanding swingarm besi yang terdapat pada model-model Sportster yang lain. Sebagai tambahan, dengan penyerap hentak boleh ubah di sisi swingarm tersebut ianya menambahkan lagi sokongan serta kestabilan kepada motosikal tersebut. Selain itu, dengan dilengkapi empat piston - brake disk berkembar Nissin dan Showa 43mm inverted fork hadapan, kesediaan motorsikal ini untuk berhenti dalam keadaan lebih stabil adalah lebih baik dan mantap berbanding model-model Sportster yang lain.
Kemasan XR1200 pula sememangnya unik dengan reka bentuk tangki minyak yang berlainan seperti berkonsepkan bentuk retro yang unggul. Di datangkan dalam tiga warna – hitam, kelabu dan merah oren, model XR1200 sememangnya menarik perhatian penguna jalanraya yang lain samada sewaktu memotong atau kadang-kadang ketika dipotong! Papan pemuka yang ringkas dengan tachometer analognya yang besar terletak di tengah-tengah di atas handle memudahkan penungang melihatnya terutama ketika memandu dan menukar gear. Manakala di sebelahnya terletak speedometer digital yang serba ringkas tetapi menarik. Butang-butang kawalannya juga besar seperti yang terdapat pada motorsikal model Harley-Davidson yang lain membuatkan penunggang mudah mengendalikannya terutama pada kelajuan yang tinggi.
Bercakap mengenai kelajuan tinggi, XR1200 sentiasa memberikan respon terbaik setiap kali throttlenya dipulas. Sewaktu menunggang kita boleh terasa kederasan enjinnya menolak motorsikal ini pergi pada setiap kali throttlenya diterjah, walau apa jua keadaan dan gear samada di jalan lurus mahupun berliku. Torknya yang deras membantu kelancaran motorsikal ini terutama dalam megambil jalan-jalan berselekoh.
Tukaran gear juga sangat mudah dan lancar terutama bila klac ditekan dan dengan sedikit pendikit, gear dapat ditukar ke gear yang lain. Gear neutralnya juga mudah ditukar walaupun dengan menggunakan 4 jari menekan klac.
Kesempurnaan pada motosikal ini mungkin tidak lengkap jika keupayaanya tidak diterjemah dalam bentuk konar baring. Tayar-tayar XR1200 sememangnya boleh diharapkan terutama dalam mencengkam permukaan jalan dan secara lansung membenarkan penunggangnya turun semaksimum 40 degree (kiri) dan 39 degree kanan. Walaupun pada mulanya saya agak sangsi, tetapi setelah dua tiga kali percubaan timbul pulak rasa keseronokan. Nah, sekarang lengkaplah segalanya untuk XR1200.
Mungkin cuma satu atau dua, kedudukan tongkat sisinya yang agak tersorok sedikit ke dalam dan di bawah pemijak kaki mungkin menyukarkan penunggang untuk menolak ia keluar. Selain itu juga kemasan dan bentuk seatnya adalah lebih baik diperhalusi supaya penunggang berbadan besar seperti saya dapat menunggang dengan lebih selesa dari memikirkan cara-cara untuk mengelak dari melecet di belakang peha.
Keseluruhannya XR1200 sememangnya merupakan sebuah motosikal yang unik dan mempunyai personality tersendiri. Tidak mungkin sama dengan model V-Rod atau V-Rod Muscle apatah lagi Sportster biasa. Keseronokan menunggangnya amat berlainan dan kelajuan yang diperolehi sememangnya memberikan kepuasan sebenar apatah lagi ianya sebuah motorsikal dari Harley-Davidson!!
*This preview has been published in the WTR Magazine (Malaysia, Singapore, Brunei & Thailand) issue September 2009
No comments:
Post a Comment