Thursday, June 11, 2009

Catatan Perjalanan ke Burapa Bike Week 2009 - Part 5


Hari kedua, 14 Februari saya bangun awal. Program hari ini saya akan disertai oleh beberapa rakan Harley-Davidson dari Malaysia yang sampai agak lewat juga malam tadi kerana jadual penerbangan yang berlainan. Setelah bersiap, saya dan rakan-rakan berjalan-jalan sekitar hotel untuk bersarapan. Agak sukar sedikit untuk kami mencari warung atau restoran yang menjual kedai makan halal. Akhirnya, dek kerana lapar dan tak mahu membuang masa, kami bersarapan roti bersama sardin yang dibeli dari kedai 7 Eleven berhampiran hotel.


Pattaya Beach

Motorcycle Rent Shop


Normal scene at Pattaya beach early morning

Bandar Pattaya yang terletak di tepi pantai Pattaya sememangnya sentiasa dipenuhi oleh pelancong-pelancong asing dari serata dunia. Pantainya sungguh bersih serta dilengkapi dengan khemah-khemah untuk para pelancong bersantai. Setiap 20 meter di sepanjang pantai pula terdapat peniaga-peniaga minuman dan makanan yang bersedia melayan pelancong. Kami turut melawati beberapa tempat menarik di bandar Pattaya seperti Hard Rock Hotel, Pattaya kompleks dan bazar-bazar yang menjual pelbagai cenderamata dari negara Thailand. Harganya pula cukup murah berbanding tempat-tempat yang pernah saya lawati selama ini. Namun apa yang menariknya ketika kami berjalan-jalan, ada saja kumpulan motor-motor besar yang lalu lalang di bandar tersebut.

Pattaya Beach




Penat berjalan, kami singgah ke kedai urut untuk mengurut kaki dan badan. Perkhidmatan urut tradisional SiamThailand. Harganya juga cukup murah berbanding di Malaysia sememangnya terkenal dan antara industri produk pelancongan terutama di dengan kadar upah THB250 / RM25, kami dapat berurut selama 2 jam cukup untuk mengendurkan urant-urat yang lenguh dan kejang.

Kedai makan muslim di bandar Pattaya mudah didapati, cuma harganya yang sedikit mahal. Setelah makan dan puas berjalan-jalan di sekitar bandar Pattaya kami pulang semula ke hotel dan berehat sebelum bercadang untuk kembali semula ke tempat berlansungnya Burapa Bike Week.





Shopping Time...!!

Setelah berehat sepanjang petang di hotel, kami bergerak ke tapak Burapa Bike Week dengan menaiki motor. Dari simpang jalan utama ke tapak pameran kenderaan sudah mula banyak terutamanya kumpulan motor-motor. Masing-masing dengan patches atau vest kumpulan masing-masing, dari patches tersebut kami dapat tahu ada yang datang dari Bangkok, Chiang Mai, Esan, Surathani, Krabi dan tak kurang juga dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Hong Kong. Tak kira apa jenis motor dari Harley-Davidson, Yamaha, Honda, easyrider, superbike, touring, kapcai, kustom, klasik semuanya seakan menuju ke arah yang sama….. meriah, memang meriah….. keadaan lalulintas pula sudah mula sesak dan pengunjung semakin ramai menuju ke tapak Bike Week.





Kami tiba kira-kira 30 minit kemudian akibat kesesakan jalanraya. Tapak Bike Week sudah dipenuhi orang ramai. Laluan dua hala sudah menjadi satu hala. Malam ini malam kemuncak di mana semua wakil-wakil kumpulan motor yang datang ke Burapa Bike Week akan menerima cenderahati atau “Kunci Bandar Pattaya” dari penganjur Burapa MC. Malam ini juga segala keputusan pertandingan antaranya pertandingan motor kustom, motor cat tercantik, motor stok terbaik dan pelbagai pertandingan lain akan diumumkan. Di khemah Harley-Davidson Bangkok pula terdapat pelancaran model terbaru 2009 manakala di sebelahnya pula Yamaha turut memperkenalkan promosi model moto baru sempena Bike Week tersebut. Kami menyusuri setiap gerai untuk mencari pelbagai cenderamata dan barangan berkaitan motorsikal. Harga memang murah dan boleh tawar menawar sehingga kita puas hati barulah kita bayar.






Selain membeli belah barangan berkaitan motor dan aksesori, selalunya di Bike Week seperti inilah kita berkesempatan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari kumpulan motor-motor yang lain. Saya turut berkesempatan bertemu dengan HOG Thailand Chapter, House of Pain MC Pattaya dan beberapa kelab motorsikal yang lain. Ketika inilah juga kami berkongsi cerita mengenai pengalaman bermotosikal di negara masing masing di samping bertukar-tukar cerderamata sesama kami. Selain itu juga, saya turut bertemu dengan pembina-pembina motor kustom yang datang ke Burapa Bike Week dan melihat hasil-hasil kreatif mereka.


Motorcycle Clubs @ Burapa Bike Week 2009

No comments: