Songtaew - main public transportation at Pattaya
Friday, May 29, 2009
Catatan Perjalanan ke Burapa Bike Week 2009 - Part III
Namun, keadaannya berlainan pula sebaik saja bas yang saya naiki mula keluar dari “motorway” dan memasuki bandar Pattaya. Satu demi satu kumpulan kumpulan motor sudah mula kelihatan di jalan-jalan. Ada juga yang berhenti rehat di restoran dan stesyen minyak, mungkin baru sampai agaknya. Poster serta billbord mengenai Burapa Bike Week juga satu persatu muncul di tepi-tepi jalan…… saya mula gembira, jauh dalam hati saya percaya…memang event ini besar!!
Lebih kurang 3.30pm saya sampai di Pattaya, terus sahaja mengambil Songtaew (sejenis pengangkutan umpama tuk-tuk) untuk ke hotel. Jarak dari bus stop ke hotel sekitar 10km dan bayarannya cuma THB20 atau RM2. Sewaktu membuat tempahan hotel dahulu, saya diberitahu supaya tinggal di Jomtien Beach yang letaknya kira-kira 5km dari bandar Pattaya. Di Jomtien Beach jaraknya lebih dekat ke tempat Burapa Bike Week berlansung selain lebih rileks dan tenang berbanding bandar Pattaya yang lebih sibuk terutama dengan aktiviti malamnya.
Sebaik sahaja sampai di depan pintu hotel, saya agak terkejut. Betul ke hotel atau ini rumah kedai? Tengok diinternet semuanya cantik belaka. Ahh, sudah kena lah….sangkaan dan harapan saya kecewa melihat hotel dari depan. Namun sebaik saja masuk ke lobi, semua tangapan buruk terhadap hotel tersebut terus lenyap. Memang bila sekali lihat, hotel semacam rumah kedai biasa, tapi bila sudah masuk ke dalam keadaanya memang sungguh berbeza. Hotel ini rupanya memanjang ke belakang, selain bersih dan cantik dengan dekorasi kebudayaan Siam , ianya juga dilengkapi dengan kawasan khas untuk makan, kolam renang dan lobi pelawat. Kemudahan WIFI pun ada serta percuma. Perasaan saya semakin gembira bila saya memasuki bilik hotel. Dengan harga THB1300 atau RM130 semalam, saya mendapat bilik yang cukup besar dilengkapi dengan dapur berasingan dan walking wardrobe yang sungguh luas. Tambahan lagi, bilik saya mempunyai balkoni berasingan serta mengadap kolam renang yang sungguh cantik. Kagum, ini lah Thailand – negara pelancongan dimana harga dan kemudahan yang disediakan jarang-jarang temui di Malaysia .
Sebaik selesai urusan check-in hotel dan walaupun sedikit kepenatan saya terus bergegas keluar untuk ke tapak Burapa Bike Week. Masalahnya ke mana? Utara? Selatan… hah! Nasib baik ada pusat pelancong berdekatan hotel untuk bertanyakan maklumat. Sampai sahaja di pusat pelancong, saya sudah ternampak poster Burapa Bike Week tertampal di depan pintu pusat tersebut. Mungkin seperti sudah sedia maklum melalui baju yang saya pakai tertera logo Harley-Davidson, pegawai pelancongan tersebut terus sahaja mengambil sekeping peta dan menunjukkan arah ke Soi Chaiyapruk tempat berlansungnya Burapa Bike Week. Tak jauh, jaraknya cuma 2km dari hotel dan saya terus menahan teksi motosikal yang sentiasa berada di depan pusat pelancong untuk ke sana . Yahoo!! Burapa Bike Week semakin hampir…..!!
Tuesday, May 26, 2009
My HOG Mileage Program Patch & Pin has arrived!!
Dear HOG Malaysia Chapter Members,
My HOG Mileage Program Patch & Pin has arrived!!
I always would like to share good news with you guys. Today, I received a parcel from HOG International that contained the HOG Mileage Program Patch and Pin which i enroll on the 9th of April. I'm so happy that at last i managed to reward myself especially on every mileage that i clock on my ride. I've been thinking that should i be a full HOG member since past 3 years, by now i should have collect more rewards for my self. Anyway, better late than never.
So for you guys, it's never to late to enroll to this program and start rewarding yourself every time you ride your machine. If you need further assistance, lease call me at my mobile or e-mail me as per my details below!
I've uploaded few photos of the program pack for you to review. In addition, i would like to thank the HDKL Dealership for their support towards this program.
Have FUN & Ride SAFE!!
Roi SeDARAH
Safety Officer
HOG Malaysia Chapter
My HOG Mileage Program Patch & Pin has arrived!!
I always would like to share good news with you guys. Today, I received a parcel from HOG International that contained the HOG Mileage Program Patch and Pin which i enroll on the 9th of April. I'm so happy that at last i managed to reward myself especially on every mileage that i clock on my ride. I've been thinking that should i be a full HOG member since past 3 years, by now i should have collect more rewards for my self. Anyway, better late than never.
So for you guys, it's never to late to enroll to this program and start rewarding yourself every time you ride your machine. If you need further assistance, lease call me at my mobile or e-mail me as per my details below!
I've uploaded few photos of the program pack for you to review. In addition, i would like to thank the HDKL Dealership for their support towards this program.
Have FUN & Ride SAFE!!
Roi SeDARAH
Safety Officer
HOG Malaysia Chapter
Labels:
Hog Malaysia Chapter,
HOG Mileage Program,
Patch,
Pin
Sunday, May 24, 2009
Catatan Perjalanan ke Burapa Bike Week 2009 - Part II
13 Februari, saya berlepas dari LCCT menuju ke lapangan terbang Suvarnabhumi Bangkok. Penerbangan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam dan saya tiba tepat pukul 1 petang di lapangan terbang baru Suvarnabhumi. Cuaca di Thailand pada bulan Februari sedikit panas berbanding Malaysia, maklumlah negara itu mengalami musim monsun tropika yang setengah tahunnya mengalami musim panas dan kering. Sebaik melepasi pemeriksaan Imigresen dan kastam, saya terus sahaja mencari kaunter maklumat pelancongan yang sememangnya banyak terdapat di lapangan terbang tersebut. Dengan bantuan pegawai pelancongan, saya diberikan dengan maklumat yang lengkap untuk meneruskan perjalanan ke Pattaya. Nasib saya dikira baik kerana selang beberapa minit tiba di terminal bas ada sebuah bas yang sudah bersedia untuk bertolak ke Pattaya. Sekiranya saya lambat 10 minit, alamat kena tunggu sehingga pukul 5 pm baru giliran bas seterusnya.
Perjalanan ke Pattaya dengan menaiki bas adalah lebih murah berbanding teksi atau van. Tiket bas hanya THB116 atau RM12 berbanding cas teksi atau van yang harganya sekitar THB2500/RM250 ke THB3500/RM350. Di dalam bas pula disediakan minuman dan makanan ringan serta kemudahan tandas.
Monday, May 18, 2009
Catatan Perjalanan ke Burapa Bike Week 2009 - I
Masih saya ingat lagi, waktu-waktu sebegini dipengakhiran bulan Februari 2008 perasaan saya begitu melonjak-lonjak apabila memikirkan bagaimana besar dan meriahnya Burapa Bike Week di Pattaya. Melalui cerita-cerita yang dibawa pulang oleh rakan-rakan bikers yang pernah menyertainya, fikiran saya sememangnya tak dapat mencapai gambaran sebenar akan kemeriahan acara tahunan tersebut.
Burapa adalah nama tempat di dalam bandar Pattaya. Burapa MC (Motorcycle Club) pula adalah sebuah kelab motor yang merupakan penganjur bike week di Pattaya pada setiap tahun di pertengahan bulan Februari sejak 11 tahun yang lalu. Dikatakan terdapat tidak lebih 60 acara bike week di Thailand setiap tahun seperti di Phuket (April), Chiang Mai (Disember), Hatyai (Oktober) tetapi Burapa Bike Week merupakan antara acara yang terbesar pernah dianjurkan berbanding bike week atau pesta motor yang lain.
Scenery along d way from Bangkok to Pattaya
* Part II comin soon.......
* This atricle has being publish in d WTR Magazine - May '09 issue, and to all Malaysian friends, u may get d magazine copy at Popular and other bookstores.....
Subscribe to:
Posts (Atom)